Sabtu, 25 Ogos 2012

PERMAINAN KANAK-KANAK (KATEGORI JARING / DINDING)


Nama Ahli Kumpulan : Huang Ji Xiang
                                           Mohd Abdul Aziz bin Azmee
                                           Meilthrista Michael Poudi
                                           Nurdalila binti Ahmad Shukri
                                           Tan Chiew Shan
                                           PISMP RBT SEM 2 AMBILAN JAN 2012

1.0         Tajuk  
Permainan “Bouncing Bouncing”.

2.0       Matlamat
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menyediakan perancangan awal sebelum melakukan ujian amali permainan kanak-kanak. Setiap peraturan dan cara permainan dilaksanakan akan dicatat dengan rapi bagi melancarkan perjalanan amali.

3.0       Objektif
Pada akhir penyediaan kertas kerja :
1.    Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.
2.    Dapat merangsang minda dengan mereka permainan baru berdasarkan permainan sedia ada dan menepati tajuk yang telah diberikan iaitu jaring/dinding.
3.    Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum 
4.    Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi. 
5.    Dapat menambah kemahiran pelajar dalam penggunakan blog untuk persembahan maklumat dan menyelesaikan tugasan sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini.


4.0       PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
4.1       Senarai Jenis Alatan
Alatan
Bilangan
Gambar
Catatan
1.
Skitel kecil
4



Digunakan untuk mengasingkan zon.
2.
Skitel sederhana
4


Digunakan untuk menetap kawasan permainan.
3.
Bola
1



Untuk dilambung dengan menggunakan guni.
4.
Jaring
2



Digunakan untuk menjadi jaring yang diperbuat daripada tali raffia dan skitel besar.
5.
Guni
4



Digunakan untuk melambung bola.
6.
Papan skor
1



-

4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan
1.    Bahagikan pelajar kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdapat 4 orang pelajar.
2.    Kawasan setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 zon, iaitu Zon A dan Zon B.
3.    Setiap zon terdapat 2 orang pelajar dengan memegang guni.



Garisan Merah: “Playing Line”
Garisan Biru: “Servis Line”
Garisan Hijau: “Zon Line”
4.    Permainan dimulakan dengan servis dari kumpulan A kepada kumpulan B.
5.    Servis dibuat di kawasan servis Kumpulan A ke kawasan servis Kumpulan B dan tidak boleh melepasi “Servis Line”. Sekiranya bola tidak sampai di kawasan servis pihak berlawan atau keluar daripada “Playing Line”, maka servis dikira batal dan markah akan diberi kepada pihak lawan.
6.    Setiap kumpulan hanya dibenarkan melambung bola sebanyak 2 kali pada zon kumpulan sendiri sebelum melambung bola kepada pihak lawan.
7.    Mata akan diberi kepada kumpulan yang berjaya menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan pihak lawan gagal membalas hantaran tersebut. 
8.    Sekiranya bola jatuh di kawasan larangan atau keluar daripada “playing line”, maka pihak lawan akan mendapat mata.
9.    Pertukaran servis berlaku apabila pihak servis gagal mendapat mata.
10. Kumpulan yang berjaya mendapat 3 markah berterusan akan mendapat peluang untuk pusingan bonus.
11. Untuk pusingan bonus, pihak menang diberi 1 kali peluang untuk melambung bola ke kawasan pihak lawan. Sekiranya bola jatuh dalam bulatan, maka 2 mata akan diberi dan 1 mata akan diberi jika bola jatuh dalam zon pihak lawan. Tiada mata diberi jika bola jatuh dalam kawasan larangan atau keluar daripada “playing line”

Warna merah: 2 markah                                         Warna biru: 1 markah
12. Kumpulan yang berjaya mendapat 15 mata dahulu akan dikira menang 1 set. Kumpulan yang menang 2 daripada 3 set adalah pemenang akhir.

4.2  Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

                                                                                                                                            
Garisan Merah: “Playing Line”   
Garisan Biru: “Servis Line”
Garisan Hijau: “Zon Line”

4.4 Peraturan dan Syarat-syarat Permainan
4.4.1.   Peraturan Permainan
a.    Ahli kumpulan dalam zon A dan B hanya boleh bergerak dalam zon sendiri sahaja.
b.    Bola tidak boleh disambut tanpa menggunakan guni.
c.    Setiap kumpulan hanya dibenarkan melambung bola sebanyak dua kali dalam pasukan sendiri.
d.    Ahli kumpulan tidak dibenarkan keluar dari zon kawasan permainan masing-masing semasa pertandingan dijalankan.
e.    Semasa melambung bola,pemain tidak dibenarkan mengubah posisi untuk menghantar bola kembali ke pihak lawan.
f.     Service dimulakan dari pemain zon A ke zon A pihak lawan, atau dari pemain zon B ke zon B pihak lawan.
g.    Sekiranya pihak penerima servis tidak dapat membalas bola dan bola terkena lantai,pihak membuat servis mendapat satu mata.
h.    Sekiranya bola yang dilambung atau dibalas keluar daripada garis sempadan yang ditentukan,  pihak lawan mendapat satu mata.
i.      Jika pemain melambung bola tidak melepasi jaring dan kawasan larangan, mata akan diberi kepada pihak lawan.
j.      Cara pemegang guni adalah bebas antara peserta.
k.    Permainan akan dimulakan dengan membaling wang syiling untuk menentukan pasukan A dan pasukan B.
4.4.2.   Sistem Permainan
a.    Sistem permainan dijalankan secara kalah mati. Pasukan yang gagal akan dikira kalah.
4.4.3.   Sistem Pemberian Mata
a.    Sekiranya bola yang dilambung oleh pemain terkeluar daripada kawasan pemainan, pihak lawan akan mendapat mata dan begitu juga sebaliknya.
b.    Permainan akan dijalankan dalam 3 set di semua peringkat iaitu pasukan yang memenangi 2 set dikira menang.
c.    Pasukan yang mendapat 3 mata berturut-turut akan memasuki pusingan bonus dimana jika bola berjaya memasuki bulatan melepasi jaringan akan mendapat 2 mata dan 1 mata diberi jika di luar bulatan tetapi dalam kawasan permainan.
d.    Kumpulan yang mendapat mata ke 15 dahulu dikira sebagai pemenang.
4.4.4.   Pertukaran Pemain
a.    Pertukaran boleh dilakukan sebelum dan semasa perlawanan dijalankan mengikut peraturan melalui pengadil . Selepas itu, segala pertukaran tidak akan dibenarkan.






Khamis, 23 Ogos 2012

Ujian Amali Pergerakan Asas Komponen Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Alatan

Ujian Amali Pergerakan Asas Komponen Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Alatan

Ahli Kumpulan:

Individu A: Nurdalila Binti Ahmad Shukri

Individu B: Meilthrista Michael Poudi

Individu C: Tan Chiew Shan

Individu D: Huang Ji Xiang

Individu E: Mohd Abdul Aziz Bin Azmee

Tarikh: 13/8/2012

Masa: 11.30 - 12.30 tengah hari

Tempat Gimnasium IPG Kampus Perlis

Pergerakan 1: Bukan Lokomotor

Berdiri dan kaki dibuka luas sambil menggolek gelung di atas lantai.



Pergerakan 2: Lokomotor

Berjalan ke depan dengan pasangan sambil memutar gelung melalui seluruh badan.

Pergerakan 3: Bukan Lokomotor

Berdiri menggunakan sebelah kaki ke depan, sebelah kaki ke belakang sambil melambung gelung kepada pasangan yang melutut di atas lantai.


Pergerakan 4: Lokomotor

Melompat ke sisi sambil melontar pundi kacang kepada pasangan.

Pergerakan 5: Bukan Lokomotor

Duduk kaki dibuka luas di atas peti lombol sambil menghayun badan ke depan dan belakang sambil mengimbang pundi kacang.



Pergerakan 6: Lokomotor

Menggelungsur menggunakan punggung ke depan dengan kaki dan tangan sambil menggolek bola.


Pergerakan 7: Bukan Lokomotor

Berdiri bersilang sambil mengilas badan dari kiri ke kanan sambil memutar bola lalu melambung bola kepada pasangan.

Pergerakan 8: Lokomotor

Lompat ketingting sambil mengelecek bola dengan menggunakan sebelah tangan.

Pergerakan 9: Bukan Lokomotor

Duduk di atas sebelah kaki sambil sebelah kaki melunjur ke tepi sambil melantun bola kepada pasangan.

Pergerakan 10: Lokomotor

Berjalan sambil menggelecek bola menggunakan sebelah kaki melalui skitel.

Pergerakan 11: Bukan Lokomotor

Meringkuk dan meregangkan badan dengan duduk di atas lantai sambil melambung gelung kecil ke di bahagian  pasangan belakang.

Pergerakan 12: Lokomotor

Berjalan naik dan turun bangku sambil memutar gelung menggunakan kedua belah tangan.


Pergerakan 13: Bukan Lokomotor

Mengimbang badan dengan mengangkat sebelah kaki ke belakang sambil memutar gelung.

Pergerakan 14: Lokomotor

Merangkak melalui tangga sambil menggolek bola.

Pergerakan 15: Bukan Lokomotor

Berdiri dengan kaki rapat dan mengangkat kedua belah tangan ke sisi sambil menendang bola kepada pasangan.

Pergerakan 16: Lokomotor

Skip melompat sambil melambung bola ke atas lalu menyambut.


Pergerakan 17: Bukan Lokomotor

Duduk dengan kaki bersilang sambil melambung pundi kacang ke sebelah tangan lalu kepada pasangan.

Pergerakan 18: Lokomotor

Galop di atas lantai sambil melontar gelung kecil kepada rakan.

Pergerakan 19: Lokomotor

Berlari lalu melonjak di atas papan ajal sambil melambung dan menyambut bola.

Pergerakan 20: Bukan Lokomotor

Membongkok dengan kaki dibuka luas sambil menggolek bola di atas lantai kepada rakan yang membongkok di belakang.

Kategori dan Jenis-jenis Permainan Kanak-kanak

Kategori dan Jenis-jenis Permainan Kanak-kanak

Kategori Permainan Kanak-kanak

 

Pada tahun 2004, Webb dan Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama iaitu:
oSasaran (Target)
oPukulan/ Padang (Striking / Fielding)
oJaring/ Dinding (Net/ Wall)
oSerangan/ Kawasan (Invasion)

 

Sasaran (Target)

 

Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati

 sasaran untuk mendapat mata.

Contoh: bowling, archery, golf

 



Bowling



Archery



Golf

 

Pukulan/ Padang (Striking/ Fielding)

  •  Jenis permainan yang dilaksanakan dalam kumpulan yang melibatkan dua pasukan / dua pihak.

  • Satu pasukan disebut sebagai pasukan ‘striking’ dan pasukan lawannya disebut pasukan ‘fielding’.

  •  Pasukan ‘striking’ yang akan bertindak untuk memperoleh / mengumpul mata sedangkan pasukan  fielding’ yang akan bertindak cuba menghalang pasukan lawannya memperoleh / mengumpul mata.

  • Mata yang diperoleh / dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas membuat pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.

  • Contoh : baseball, softball, cricket

 



Baseball


Handball

Cricket


 

Jaring/ Dinding (Net/ Wall)

  • Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding.
  • Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang.
  • Contoh: badminton, squash, table tennis.





Badminton




Squash



Table tennis

Serangan/ Kawasan (Invasion)

  • Permainan dilaksanakan dalam secara perseorangan atau berpasukan.
  • Berusaha menyerang untuk memasuki kawasan pihak lawan bertujuan untuk memperoleh mata.
  • Kawasan sendiri disebut sebagai kawasan bertahan; berusaha menyekat pasukan lawan memasukinya bertujuan untuk memperoleh mata.
  • Contoh: soccer, basketball, handball

Soccer


Basketball
Handball


Tujuan Mengkategorikan Permainan

  •  Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras.
  • TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan.
  • Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut.
  • Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama.