Khamis, 23 Ogos 2012

Kategori dan Jenis-jenis Permainan Kanak-kanak

Kategori dan Jenis-jenis Permainan Kanak-kanak

Kategori Permainan Kanak-kanak

 

Pada tahun 2004, Webb dan Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama iaitu:
oSasaran (Target)
oPukulan/ Padang (Striking / Fielding)
oJaring/ Dinding (Net/ Wall)
oSerangan/ Kawasan (Invasion)

 

Sasaran (Target)

 

Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati

 sasaran untuk mendapat mata.

Contoh: bowling, archery, golf

 



Bowling



Archery



Golf

 

Pukulan/ Padang (Striking/ Fielding)

  •  Jenis permainan yang dilaksanakan dalam kumpulan yang melibatkan dua pasukan / dua pihak.

  • Satu pasukan disebut sebagai pasukan ‘striking’ dan pasukan lawannya disebut pasukan ‘fielding’.

  •  Pasukan ‘striking’ yang akan bertindak untuk memperoleh / mengumpul mata sedangkan pasukan  fielding’ yang akan bertindak cuba menghalang pasukan lawannya memperoleh / mengumpul mata.

  • Mata yang diperoleh / dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas membuat pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.

  • Contoh : baseball, softball, cricket

 



Baseball


Handball

Cricket


 

Jaring/ Dinding (Net/ Wall)

  • Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding.
  • Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang.
  • Contoh: badminton, squash, table tennis.





Badminton




Squash



Table tennis

Serangan/ Kawasan (Invasion)

  • Permainan dilaksanakan dalam secara perseorangan atau berpasukan.
  • Berusaha menyerang untuk memasuki kawasan pihak lawan bertujuan untuk memperoleh mata.
  • Kawasan sendiri disebut sebagai kawasan bertahan; berusaha menyekat pasukan lawan memasukinya bertujuan untuk memperoleh mata.
  • Contoh: soccer, basketball, handball

Soccer


Basketball
Handball


Tujuan Mengkategorikan Permainan

  •  Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras.
  • TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan.
  • Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut.
  • Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan