Khamis, 23 Ogos 2012

Model Bunker dan Thorpe 1982

Konsep Model Bunker dan Thorpe 1982

ØBunker dan Thorpe menyatakan teknik pengajaran dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk mengajar atau melatih individu dalam teknik dan kemahiran permainan.
ØGuru Pendidikan Jasmani bukan sahaja mementingkan kemahiran kanak-kanak tetapi juga perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri.
ØTeori Bunker dan Thorpe berpendapat bahawa model kurikulum yang telah direka oleh mereka berfokuskan kemahiran asas dan peringkat jangka masa pendek dalam pengajaran sesuatu permainan sebelum permainan tersebut dikuasai dengan baik dan mantap.

Teori TGfU (Teaching Games for Understanding)

 
vPada tahun 1982, Bunker dan Thorpe telah memperkenalkan teori TGfU (Teaching Games for Understanding) untuk pelajar sekolah rendah.
vTGfU menekankan:
§Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan.
§Meningkatkan tahap aktiviti fizikal.
§Menjadi kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria.
§Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani sehingga masa kini.
Teori Bunker dan Thorpe 1982

Tiada ulasan:

Catat Ulasan